12.9.11

Membaiki *.iso imej yang rosak menggunakan torrent

Bagi peminat distro linux pasti mengetahui kadang-kadang saiz sesuatu *.iso sangatlah besar,sehingga ada distro yg mencapai saiz 4.4GB++ . Biasanya kita selalu memuat turun sesuatu distro tersebut secara terus dari server. Ada kemungkinan untuk iso tersebut rosak jika semasa proses memuat turun terdapat gangguan. Perkara pertama selepas memuat turun sesuatu iso sebelum membakar (burn) iso tersebut ke dalam cd/dvd ialah dengan memeriksa md5 iso tersebut.

saya ambil contoh distro Backtrack 5 R1

Name: BT5R1-GNOME-32.iso
Size: 1998
Flavor: GNOME
Arch: 32
Image: ISO
Download: Direct
MD5: 49f3dda1e617cb6f4045735766839690

cara untuk check md5 iso backtrack dgn menggunakan command
md5sum BT5R1-GNOME-32.iso

kemudian bandingkan dgn md5 yang dia bagi kat website,kalau sama,maknanya iso tu tak rosak,kalau berbeza kita boleh baiki tanpa perlu memuat turun semula

cara untuk membaiki iso yang rosak (corrupt)
1. Pastikan perisian torrent client dipasang,saya menggunakan transmission
2. Muat turun file .torrent di website mengikut contoh,saya perlu memuat turun fail BT5r1-GNOME-32.torrent
3. kemudian start torrent file tersebut lebih kurang 1 minit dan stop.
4. salin (copy) iso yang rosak tadi ke dalam folder save file tadi,kemudian replace fail yang sedia ada.
5. masuk semula transmission kemudian start semula torrent.
torrent client akan memeriksa bahagian yang rosak dan akan memuat turun hanya bahagian yang rosak sahaja.

6.sila tunggu hingga selesai dan boleh periksa semula md5 fail iso tersebut 
  
p/s:buat rugi je download balik.repair je senang.
5 najashark.net: Membaiki *.iso imej yang rosak menggunakan torrent Bagi peminat distro linux pasti mengetahui kadang-kadang saiz sesuatu *.iso sangatlah besar,sehingga ada distro yg mencapai saiz 4.4GB++ . B...

3 comments:

  1. nice bro..dah faham dah torrent tu buat maca mana..=)

    ReplyDelete
  2. la senang je rupanya..tapi tak de la yang corrupt selama ni dok download..hehe
    nice nice, nanti rujuk semula

    ReplyDelete

Post Comment

< >