22.6.11

Mencuba Android di Komputer Anda



Symbian, Windows, Linux, MacOS, Unix, iOS, MeeGo, Android dan macam-macam lagi. Bila sebut saja Android,pasti peminat Linux mengetahui tentang OS ini, sebabnya Android dibuat berasaskan Linux kernel. Berdasarkan daripada laman Wikipedia :
Android is a software stack for mobile devices that includes an operating system, middleware and key applications.Google Inc.purchased the initial developer of the software, Android Inc., in 2005. Android's mobile operating system is based on the Linux kernel
dan selebihnya anda boleh baca di sini

Saya sendiri pernah mencuba Android, sempat la teroka apa yang ada dalam Android dan Android sangat menarik perhatian saya. Saya mencuba Android versi 2.2 pada Samsung Galaxy Ace tetapi disebabkan tak mampu, pinjam kawan punya pun jadi la. Saya ini mengidam nak pakai Android jadi saya cuba cari di internet mana tahu kalau ada Android untuk PC. Yela,Android kan dibuat berasaskan kernel Linux, Open Souce lagi, dalam mencari-cari terjumpa Android emulator, tapi masalahnya nak tunggu boot pun dah lama,banyak pula file nak kena download, jadi saya cuba cari lagi di internet.



Akhirnya saya terjumpa Android yang boleh diboot melalui LiveCD tanpa perlu sebarang emulator lagi. Saya dengan penuh semangat terus memuat turun dari official site di http://www.android-x86.org/ . Kecil je iso, macam tak percaya pulak, tapi tak mustahil dengan Linux.

Apa lagi terus burn dalam CD pastu boot, bila keluar boot option tu terus keliru nak pilih yang mana satu, jadi saya cuba pilihan yang pertama, tunggu punya tunggu, tak keluar lambang android tu, pelik sekejap. Cuba pula pilihan kedua, tetap tak boleh juga, sekali dia keluar processor not supported, tak menyokong processor AMD rupanya. Alahai.. malang sungguh nasib.

Jadi saya cuba pada laptop sepupu, pakai processor Intel. boot dengan senang hati je Android tu. Dengki sungguh aku dengan processor Intel ni.

Jadi aku sempat la ambil beberapa screen shot guna handset symbian UIQ aku tu. Tak de duit lagi nak pakai Android ni..hahaha.

home screen

Version of Android

default apps in Android

Jadi anda semua boleh la cuba Android untuk x86 ni. Boleh download pada link di atas.

p/s: kalau pakai AMD dan boleh boot atau install. bagitau la Naja ye.. Thanks! Have a nice Day!
5 najashark.net: Mencuba Android di Komputer Anda Symbian, Windows, Linux, MacOS , Unix, iOS, MeeGo, Android dan macam-macam lagi. Bila sebut saja Android,pasti peminat Linux mengetahui te...

8 comments:

  1. good job bro. aku baru tahu boleh pasang thru komputer. aku pakai processor intel, so i'll try this :D

    ReplyDelete
  2. fuh.. minat android upenye.. patutla melekat ngn Android ciman jew.. AHAHA.. t aq try lak.. thanks NAJA..

    ReplyDelete
  3. SPEK HITAM: cuba jangan tak cuba

    ciman: nak buat ape lagi,kau dah ada android..time kasih bagi pinjam :)
    hizami: tenkiu :D

    ReplyDelete
  4. OS Android ini ringan tak? Buat masa ini guna OS Ubuntu pada desktop memang puas hati

    ReplyDelete
  5. @akubiomed : ringan je..tapi x sesuai untuk buat kerja2 seharian,sebab os ini untuk phone..just nak merasa android ni mcm mana..mungkin dicipta utk develepor android kot

    ReplyDelete
  6. Pakai AMD CPU apa? Mungkin dia compile tu ada guna instruction set yg AMD tak sokong?

    ReplyDelete
  7. @ Jomlinux:AMD Turion II Dual-core Mobile M520...xtau la sebab saya ni noob lagi :)

    ReplyDelete

Post Comment

< >